Sunday, April 11, 2010

Nak BaLIK kampung!!!!

Emmm x sbarnya nak blik kg... yey2..
nape sya ska blik kg???
1. sebab sya ada abah yag sgt2 memahmi n sgt2 abil berat..
2. sya ada owg yg slalu bercrita dngn sya.. walaupn kdg perkara yang sama n smpai x terlayan.. tp sya x kisah lgsng.. sgt ske...
3. ada kakak yg slalu wat sya hepy ngan sikapnya yg gle2.. n suke sakat owg...
4. ada abg2 yg ske memeriahkan rmh..
5. ada adik yg sggp ikut sya kemana pon, memahami.. best sgt...
6. ada adik yg bley suke wat lawak bodo.. hehehe
7. ada ank2 buah yg sgt2 wat sya terhibur ngan telatah comel...

sbb 2 la sya sgt2 gmbira nak balik kg.. sbb apa yg sya dpat dkg, sya x dpat di sini..

Wednesday, March 10, 2010

M@s@l@h AdalaH AnuGeraH???

Emm.. ngah pening memikirkan tentang proposal ni.. sempat gak saya bca majalah..majalah Wanita.. KOt2 nak dapat celik akal.. hihi.. tapi lain yg sya dapat.. Dlm majalah ni tulis.. masalah ni anugerah sebab, masalah yang timbul sebenarnya tuk menjadi pemngkin untuk bergerak satu langkah ke hadapan.. Sama ada kita bley selesaikan malah tu atau tak, bukanlah isunya.. tapi,pelajaran yg kite dapat dari masalah tu mejadikan jiwa kite smkn bertumbuh dan segar... lau kite terima masalah dengan redha.. ia akan menjadi teman kepada kita dan membawa kita ke jalan yg lurus... emm btl gakkan... so hadapilah masalah yang datang dengan tenang.. ingatlah kita sebenarnya bertuah kerana berpeluang merasai masalah tersebut.. sebab x semua org dapat merasai pengalaman tersebut.. walaupun sakit.. kita tetap berjaya menghadapinya.. ni bermakna kita seorang yang kuat n cekal.. tul ak??

Monday, March 8, 2010

KisAh mEnaRIK..

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia.
Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.Dia pun bertanya kepada perogol itu : Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ? Perogol tu menjawab :Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahuluWanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.
~Kesimpulannya~
Jika kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita' dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh Allah.Wanita itu juga telah memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.Di samping itu, apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah. Tetapi jika kita tergolong dalam golongan manusia yang tidak diterima doanya, maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah.
Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat pertolongan sebegini dari Allah ?Malah kita mungkin akan dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt. Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati Janji.

Sunday, February 28, 2010

Lirik lagu

Apa pun Yang Terjadi.. BerjalAh TanPa HenTi...

ni sedikt ar lirik lagu Siti Nurhaliza (Melawan Kesepian).. tau nape aku tulis lirik lagu ni??? sebenarnya lirik lagu ni jadi motivasi kt ak bla da masalah.. hihihi.. lagunya ni asenya berkaitan ngan cintan cintun .. tapi bla ak da masalah ke tertekan ke.. aku dnga lagu ni.. aku ase cam tenang skit.. hehehe sebab ni kot.. apa pun yg terjadi berjalanlah tanpa henti.. walaupun berbagai halangan dan dugaan terjadi.. teruskan usaha dan hadapilah dengan tabah.. mestinya ok..


ade x sape2 yg ase cam ak gak bla denga lagu ni??


Kembara Ilmu Darul Takzim.

Cuti rayer Cina & ct mid sem.. org laen sume sibuk2 blik kg masing2, aku plak sibuk g kg orang lain.. hehehe.. bukan x nak blik kg sendiri, tapi aku diberi kepercayaan tuk jadi naib bendahari dalam prog kembara ilmu ni.. so terpaksa la berkorban.. sebenarnya pada mulanya hati aku ni kat kg tapi setelah sampai dsana layanan orang kg membuatkan aku rasa boleh bertahan dsana.. orang kampung disini baik-baik belaka. aku rasa sangat seronok disini.. berkaitan dengan tugas aku plak.. sebenarnya aku first time jd naib bendahari ni.. risau jgk ak pegang duit byk2 ni.. yang lucunya.. kemna-mana je aku ngan beg aku.. sampai ada org tgr.. hehe.. aku kena pegang duit byk sbb ketua ak (bendahari) blik awal sebb kena uruskan pasal open day tuk ktaorg punye kolej plak.. huhu..

bila ingat pasal keluarga angkat pula, aku dan adik beradik angkat aku bertuah sebab ktaowg ditemptkan di sebuah keluarga yang tidak mempunyai anak perempuan.. so bertuahlah ktaowg.. layanannya mestila best.. almaklumlah.. xde ank perempuan.. terharu pon ade.. ade la mlm tue ktaowg blik lewat sbb ade keje yg perlu diselesaikan.. ayah angkat kitowg sanggup tggu sampai lewat malam.. baikkan?? layanannya mcm ank sendiri.. lagi satu, ktowg 2@3 kali la juga x join aktiviti yg diadakan sebab mak n ayah angkat bawa keluar jln2.. hehe.. nak tolak ajakan diaowg x sampai hati plak sebab diorg beriya sungguh ajak..so ikut la jgk.. best jln2 kat batu pahat..

bila time nak balik sume peserta da sedih nak tglkan keluarga angkat msing-msing.. da yang menangis teresak-esak.. hehe ibu-bapa angkat lagilah.. sedih sungguh.. walaupu hanya 6 hari ktowg disini.. nampak smua peserta seperti dah lama knl dan gyanya seperti nak tinggal keluarga sndiri dalam waktu yang lama.. yang bestnya, peserta-peserta semuanya dapat hadiah daripada keluarga angkat masing2.. termasuklah ak.. hehe..


Friday, February 26, 2010

stress??????


Stress?? Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita akan terdedah dengan stress atau tekanan. stress ni ada yang positif dan ada yang negatif.. Kalau stress yang positif akan membuatkan kita jadi lebih terdorong kearah kebaikan, kalu yang negatif pula, berlaku sebaliknya.. Ok di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang mudah untuk mengurangkan stress (dipetik dari majalah REMAJA):


  • Aromaterapi- Wangian yang harum kadangkala boleh menghilangkan stress. Sebabnya, wap haruman yang harum yang dihidu akan masuk ke dalam tubuh, lalu diserap oleh aliran darah kesistem saraf. Selepas itu, bahagian otak akan akan mengawal pelepasan hormon dan emosi.

  • Binatang peliharaan- Kehadiran binatang peliharaan akan dapat mengurangkan stress. Hal ini kerana, binatang peliharaan manja dan akan membuatkan dirimu rasa dihargai oleh belainnya.

  • Gembira- Hati yang gembira boleh mempengaruhi pemikiran. lakukan sesuatu yang dapat menggembirakan dirimu. Cuba berfikiran positif dan buang fikiran negatif.

  • Humor- Ketawa boleh membuatkan kamu dapat kurangkan stress. Sebabnya, apabila ketawa, hormon endorphin yang dapat membunuh rasa sakit dihasilkan. Hal ini membuatkan kamu rasa lebaih baik. Tengoklah cerita yang lawak dan dekati orang yang humornya tinggi agar dapat membantu kamu mengurangkan stress.

  • Nafas yang teratur: Siapa yang stress, cuba tarik nafas perlahan-lahan, kemudian lepaskan sehingga dada terasa kosong.

Nak tahu keberkesanannya, cubalah!!

Monday, February 1, 2010

Pengalaman BerharGA....

Emmm...
nak cite sket ni.. hehe.. Pengalaman menjadi urusetia Kursus Bina Insan Guru memang pengalaman yang berharga.. Memang memenatkan menjadi urusetia ni.. tapi.. Banyak perkara yang aku dapat.. Salah satunya aku dapat belajar mengawal perasaan.. nak kawal orang yang lebih besar dari kita bukannya mudah.. masing-masing ada pendapat sendiri dan sukar mengikut arahan.. di sini, aku perlu berusaha mengawal emosi dan layan kan je ape yang peserta cakap.. Walaupun kadang-kadang sikap mereka menimbulkan kemarahan. tapi tak salahkan mereka juga, setiap orang mempunyai nilai masing-masing dan bagus juga, sebab aku boleh belajar bersabar.. walau bagaimanapun.. peserta K-BIG di DRT memang best..
lagi satu.. dapat bekerjasama dengan pensyarah memang best. En Taquddin, Encik Zulkifli, Pn Fauziah, En. Aziz Syah memang best. Diaorang memang sangat-sangat sporting. Sedikit sebanyak dapat juga aku belajar skill daripada diaorang dalam mengendalikan modul dengan baik.. walaupun aku tak dapat mengendalikan sebaik mereka.. tapi aku dah dapat celik akal nak mengendalikan modul.. terima kasih semua..