Friday, February 26, 2010

stress??????


Stress?? Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita akan terdedah dengan stress atau tekanan. stress ni ada yang positif dan ada yang negatif.. Kalau stress yang positif akan membuatkan kita jadi lebih terdorong kearah kebaikan, kalu yang negatif pula, berlaku sebaliknya.. Ok di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang mudah untuk mengurangkan stress (dipetik dari majalah REMAJA):


  • Aromaterapi- Wangian yang harum kadangkala boleh menghilangkan stress. Sebabnya, wap haruman yang harum yang dihidu akan masuk ke dalam tubuh, lalu diserap oleh aliran darah kesistem saraf. Selepas itu, bahagian otak akan akan mengawal pelepasan hormon dan emosi.

  • Binatang peliharaan- Kehadiran binatang peliharaan akan dapat mengurangkan stress. Hal ini kerana, binatang peliharaan manja dan akan membuatkan dirimu rasa dihargai oleh belainnya.

  • Gembira- Hati yang gembira boleh mempengaruhi pemikiran. lakukan sesuatu yang dapat menggembirakan dirimu. Cuba berfikiran positif dan buang fikiran negatif.

  • Humor- Ketawa boleh membuatkan kamu dapat kurangkan stress. Sebabnya, apabila ketawa, hormon endorphin yang dapat membunuh rasa sakit dihasilkan. Hal ini membuatkan kamu rasa lebaih baik. Tengoklah cerita yang lawak dan dekati orang yang humornya tinggi agar dapat membantu kamu mengurangkan stress.

  • Nafas yang teratur: Siapa yang stress, cuba tarik nafas perlahan-lahan, kemudian lepaskan sehingga dada terasa kosong.

Nak tahu keberkesanannya, cubalah!!